Love and Hate
Sepanjang hidup aku ,aku tak pernah cuba berfikir untuk menjadi seorang racist atau cauvanist yang mana kedua duanya bersifat sama iaitu membanggakan bangsa sendiri dan merendah rendahkan serta menghina kaum dan bangsa lain.
Tapi hakikatnya kadang kadang ada juga wujud perasaan seperti itu ,yalah kadang kadang bila ditiup oleh rasa marah,dengki dan entah apa apa perasaan yang sememangnya berunsur jahat kepanasan dan mengunjur kepada sikap benci.Tapi di sekitar kita semuanya ada wujud raisme dan cauvanist ni yang sememangnya dah berakar umbui,berakar janggut,berakar apa sekalilah,yang telah lama atau baru dipupuk..yang bertahun terpendam dan dipendamkan..yalah kalu dulu mungkin orang semua akan bercakap belakang belakang sama kaan,sama sedara atu sama member yang sebangsa atau sesuku kaum.
Tapi sekarang yang aku tengok dan baca teramat selalu dan memang biasalah kalau terbaca melayu kutuk cina,cina kutuk india,india kutuk melayu dan vice versa,lepas habis kutyuk keturunan,kutuk agama dan meleret leret ke isu isu lain.Mula mula bincang hal lain lepas tu melalut lalut dan terus berpanjangan sampai isu yang tak masuk akal,otak,paru paru dan hidung serta limpa.
Aku ni memang mals nak membaca tentang apa kandungan kutukan,seranahan dan sumpahan yang terkandung dalam forum dan teks website tu..apa apalah bicara forum tu,kalau admin atau moderator tak pantau memanglah terus melarat larat and jadi apa ntah..dan aku malaslah nak tambah atau menambah sebab kalu nak menambah nanti aku tercarut,tersumpah dan menyeranah dan this type of recycle of hate memang tak akan habis,sama macam israel ngan palestin,ataupun macam vampire ngan lycan macam citer underworld tu hehe
yalah kalau benci membenci sumpah menyeranah dan kutuk mengutuk satu sama lain ni takde penghujungnya,kalau aku biarkanlah dia nak ngutuk and mencarut apa apa tentang aku,bangsa aku atau agama aku,asalkan ko bahagia dan carutan seranahan kau serta komen kau tu tak mengubah apaap pun..asalkan ko bahagia and biarlah ko penat menaip dan fikir apalagi ko nak carutkan hahahaha
sebabtulah aku kalu boleh nak elakkan masuk dan membaca barang barang tu semua..lagi satu aku pun banyak befikir kenapa manusia boleh menjadi rasis dan cauvanist,aku pun kadang kadang ada terfikir menjdi rasis dan cauvanist ni tapi takdak gunanya oi..yalah dalam hidup ni yang diutamakan sekali agamalah bukan bangsa atau keturunan..yalah manusia semua dari adam dan hawa dan jadi pelbagai ketrunun,beribu tahun lepas tu ada hitam,putih ,kuning dan manusia macam amacam kaler termasuk rambut yang dah kaler pink,biru,dan puprple hehe.
manusia tu sama semuanya,yalah,Aku rasa sifat rasisme ni wujud bila ada perkara yang tak puas hati dalam masyarakat,contoh kalau kat malaysia ni aku faham benarlah masayarakat bukan melayu terutama cina dan india rasa terpinggirkan dan terasa menjadi masyarakat kelas kedua.Kenapa pulak?Yalah sebab melayu dan bumiputera tu yang ada title bumiputera diiktiraf sebagai warganegara kelas pertama yang mendapat extra kelebihan dari bukan bumiputera..Tapi selama ni aku tak pernah terfikir ada klasifikasi sebegitu rupa,yalah tak pernah pun aku menganggap orang bukan bumiputera ni sebagai warganegara kelas kedua.
Yang pernah aku baca dalam suratkhabar atau dalam internet yang bedadu domba dan faceless ni ,sebahagian masyarakat bukan bumiputera itu sendiri yang melabelkan mereka sendiri sebagai warganegara kelas kedua(2nd class citizen).Sebabnya bumiputera mendapat banyak kelebihan dari nonbumiputera.Perkara ni kalau nak dibincangkan aku pun tak dapatlah nak bincangkan,salah haribulan ni jadi blog politik pulak dan berat sebelah hehe..
masalahnya bukan hari ni tapi yesterday once more..jadi tajuk lagulah pulak hahha..anyway dasar dasar tu citer semalam dan resultnya mungkin hari ni atau esok,kelebihan bumiputera,,apa yang kelebihannya??aku yang dah masuk 30an sampai sekarang ni tak tau apa kelebihan bumiputrera yang aku dapat,orang lain ada merasa kot,mungkin aku tak ada huhu...

Post a Comment