Another Police Brutality
Minggu ni dan minggu lepas sibuk di media massa,di internet,di forum,di blog,dalam bas rapid,kat kedai kopi dan mana manalah di malaysia ni terutama di kuala Lumpur dan selangor ni.tentang kisah seorang lagi tahanan yangmati dalam tahanan polis.Kugan ananthan,bangsa india ,lelaki 22 tahun,ditangkap kerana saspek curi kereta mewah dilembah kelang.
so itu latar belakangnya sikitlah tapi kita bukan nak cerita pasal latar belakang,latar kiri,latar kanan atau latar depan.kalau nak tahu latar belakangnya lagi mungkin lu orang boleh jumpa dia punya family dan sewaktu dengannya nak korek rahsia atau cerita lama-lamakah.Kisah police brutality ni memang dah lama and bukak buku tadika pun memang semua orangtahu terutama orang yang pernah ditahan di lokap,ditahan semalam ke,seminggu or selebihnya.Aku tak pernah ditahanlah tapi ada member member aku yang pernah dan banyak kali ditahan yang mungkin ditahan sebab kes yang ciput ciput ataupun mungkin sebab muka macam penyangak atau enam jahanam,ditangkap dan dikenalpasti sebagai suspek yang tak tahu lagi apa kesalahan dan tuduhan..
kat mana mana muka bumi tuhan i dari barat hingga ke timur dari kem kamunting ke guantanamo sa
ma sahaja,aku dulu pernah nak bercita cita menjadi polis tapi bapak aku sendiri yang bekas jadi polis yang kata jangan jadi polis.uhmm kenapa ya?? tapi akutak kisahlah.Tapi oleh kerana perut aku masa tu tahap pompuan mengandung 15 bulan maka secara otomatisnya aku tak layak untuk masuk training polis haha,kalau tak aku rasa sekarang aku dah digelar inspekter sahab.
maybe ganas macam polis cerita tamil atau cerita hindustan,mungkin eksen bergaya macam jackie chan dalam police story atau penuh aksi macam norman hakim dalam gerak khas the movie hahaha..
antara semuanya yang real live dekat realiti adalah cerita polis tamil dan polis hindustan heheh..yang memang nyata brutal dan outlaw sedikit hehe..kenapa harus mempertikai kenyataan dan berdolak dalih di sebalik media massa,kita semua manusia sama saja bukannya malaikat atau nabi yang tak buat salah.
apatah lagi kalau ada kepentingan.mestilah salah guna kuasa kan heheh.Aku harap aku tak di ISA kan kerana mengeluarkan perkataan atau menaip sesuatu yang menghasut di sini hehe.kawan kawan aku dan kenalan aku banyak yang dah menjadi polis,bukannya polis angkasa gaban yang kerjanya melawan raksaksa alam ghaib yang berciri setan.tapi menjadi polis di dunia nyata,di bumi Malaysia.menjadi Polis di raja Malaysia atau dengan kata lainnya yang betul Polis Raja di Malaysia heheh.
Aku admit banyak polis yang baik,dan ada jugak yang tak baik dan sebaliknya yang buat jahat lebih dari penjahat.Tak pukul orang di luar dalam balai pukul orang.Yalah kat situ sajalah kuasa yang ada disalahgunakan dan digunakan ho ho ho.Anyway its a fact not a fiction loh,memang kenyataan sebab tulah ia diwar warkan dan diceritakan,bukan sahaja dalam internet atau khabar angin,setakat yang diketahui aku dan diceritakan kepada aku ada beberapa kaedah serangan dan penyiksaan (haha) bunyinya macam kem tahanan nazi hehe.
Source dari kazen aku sendiri yang pernah ditahan di lokap di kuala lumpur.Yalah rupanya memang macam mat pet ,kurus meleding,ditahan oleh pois kat area brickfield sebab suspect drug addict,So ditahanlah di dalam lokap,memang kat dalam lokap hanya pakai seluar pendek ataupun seluar dalam,Jadi tibalah masa disoalsiasat.Tiba tiba dipakai pulak gelang kaki,heran pulak kazen aku nih.apa nih ingat cerita tamil ke nak pakai pakai rantai kaki.Mungkin polis ni suruh aku menari kot.
Tidak semena mena lampu bilik tu dipadamkan dan kazen aku ni pun terpinga pinga dan kedengaran suara menjerit suruh bergerak jadi dia bergeraklah,bila dia bergerak je terasa satu tendangan padu maut singgah ke badan,kemudian ke muka,kemudian ke perut dan mana mana dia bergerak kat situ akan ada satu tendangan percuma seperti tendangan david beckham yang mengena anggota badannya,perg
h..sakit tu.Yalah dia memang clean,negatif ujuian dadah dan polis polis yang tangkap dia tu saja je nak lepas kan geram.Sebelum release tanpa syarat,bantailah dulu sepuas hati dan perasaan.Bilik tu pun digelapkan lah jadi tujuannya untuk mengelakkan pengecaman muka pemukulnya.bangsat betul.
satu lagi kaedah penderaan dalam lokap ialah menggunakan buku telefon tm haha,apa pulak guna buku telefon gila apa? apa nak dibuat ngan buku telefon tu?suruh tahanan baca ke?lagi penyiksaan secara halus hehe,Taklah yang sebenarnya buku telefon tu jadi medium penyiksaan hehe..
Caranya mudah saja,suruh tahann tu pegang buku telefon di dada dan kemudia anggota polis tu akan menendang dengan kaedah tendanga jet li ke buku telefon tu dan kesakitanakan bergema di lokap polis dan tak ada kesan lebam atau kesakitan pada mangsa penderaan.yalah kalau pukul pakai tangan direct maybe ada kesan lebam ke luka ke pada mangsa tapi kalau macam tu memanglah tak ada kesan,sakit je lah,Bijak bijak.
tentang kaedah kaedah lain ada yang diceritakan kepada aku oleh Jep belanda dari miri,testical nya pernah dibakar dengan lighter oleh detektif yang ditugaskan dalam unit deraan ,hehe.ganas punya deraan ,biasalah nak gather information terutama dalam proses interogation ataupun dalam merakam kenyataan beramaran 113.
Masa nilah suspek banyak didera dengan pelbagai kaedah moden dan tradisional,global dan glokal.
tapi zaman sekarang banyak suspek dan penjenayah yang dah bijak dan telah mencapai tahap degree dalam criminology.Polis polis pun janganlah buat hal macam ni lagi sebab diorang ni bukannya bodoh,akan ada counter attack yang akan dibuat,yalah imej polis sekarang bukan saja dah tercalar,scratch dan hitam legam ,susah nak polish balik woo...masyarakat perlu dieducate dengan nyata dan terang bukan semua polis jahat dan ganas,tapi sekarang di imej masyarakat,polis ni memang jahat ,ganas,salah guna kuasa dan dilabelkan sebagai samseng kerajaan.Bukan sahaja Akademi fantasia ,parti umno yang dibuat transformasi haha,pdrm sendiri patutlah buat transformasi dari akar umbi sampailah ke atas.
banyak perlu nak tukar kalau tak adeh susahlah,masyarakat akan anti kepada polis dalam hal hal yang banyak...Kalau nak transformasi,aku cadangkan logo tu ditkar dan diubah sedikit,pastikan janganlah letak Allah dan Muhammad kat logo tu.
Aku ni memang orang islam,bukanlah islam liberal dan jauh sekali anti Islam.Memanglah lambang Allah tu yang tertinngi tapi Tak semestinya nak letak Allah dan Muhammad kat mana-mana,kat bendera malaysia dan lambang negara pun takdak letak Allah dan Muhammad,kat logo PDRM pulak ada.dan sebabnya aku tak suka adalah oleh sebab logo ni dipakai oleh semua polis tak kira bangsa dan agama,dibawa ke hulu ke hilir,dan kemudiannya dibawa ke mana mana termasuklah ke dlam tandas.Jasi masa melepas tu terpakailah uniform dan terbawaklah sama logo ni..jadi..apa mau jadi..Lu pikirlah sendiri..
