Bastardos,stupidos,hancuss..and diablooss
Bastardos,stupidos anavucos and scrappy dos, itu kadang kadang sumpah seranah yang aku keluarkan dari mulut aku bila aku riding di Jalan Raya kat Kuching nih,sebenarnya walaupun bunyinya agak bunyi seperti bahasa sepanyol bukanlah ia bahasa sepanyol akan tetapi bahasa Inggeris yang dikahwin paksakan dengan bahasa latin amerika seperti dalam TV3 pukul 3.Yalah menyumpah dalam bahasa melayu atau bahasa melayu Sarawak memang ada tapi aku sebenarnya sudah bosan menyumpah seranah dalam bahasa ibunda aku,sudah habis segala sumpah seranah aku gunakan dan setakat ini tidak ada sumpah seranah baru yang aku jumpa jadi aku mengambil kesempatan untuk menggunakan bahasa asing untuk sumpah menyeranah
Ya menyumpah bukan sahaja kepada pemandu kereta,van,lori serta penunggang motorsikal yang memandu di luar tabii dan tidak menandu dan menunggang dengan betul tetapi menyumpah juga kepada Jalanraya di muka bumi Kuching ini yang keadannya berbukit bukau dan bergaung serta berlopak tasik di sini sana.
Bastardos,stupidos..jahanam jahanam sungguh(aku menggunakan sumpah seranah dalam bahasa ibunda ku juga nampaknya)tadi aku menyumpah kepada seorang penunggang motorsikal EX5 yang aku kurang pasti nombor plat kenderaannya.Di jalan tuanku Abdul Rahman yang 3 lane,jalan di tengah lane tetapi menunggang seolah olah duduk di atas kura kura berkuasa 56 horse power.bukan sahaja menyusahkan orang lain tetapi bisa juga( aku menggunakan bahasa Indonesia pula) membahayakan diri sendiri,kemudian dia melakukan perkara yang menyebabkan aku mengeluarkan sumpah seranahku dalam bahasa sepanyol,dia melontarkan puntung rokoknya ke sebelah kiri dan mengikut hukum gravity dan fizik,bila kenderaan bergerak ke hadapan angin akan menolak objek yang dibuangnya ke belakang maka dengan otomatisnya punting rokok itu mengenai aku.
Bastardos betul,nasib aku biasa melihat cerita Kung fu lakonan jetli,Jackie chan dan amita bachan( adakah jacke chan dan amita bachan bersaudara sebab nama diorang ni dekat sama) jadi aku sempat mengelak dalam lingkungan 15.3 cm dari punting rokok itu.yalah memang agak merbahaya,salah haribulan motorsikal yang aku tungang boleh rebah dan mungkin menyebabkan letupan skala kecil hingga menyebabkan separuh bandaraya Kuching musnah (apa ke halnya??ko bawak mini plutonium dalam motorsikal??)
The thing is (chewah cakap omputih pulak) aku memang anti dengan orang sebegini sudahlah membahayakan diri sendiri.(yalah merokok itukan merbahaya) bawak motor sebelah tangan lagi tu(yalah merokok mestilah gunakan tangan nak pegang rokok takkan kaki pulak)ini membahayakan orang lain pula dan mencemarkan bandaraya Kuching.Tapi bukan saja penunggang motosikal yang buang rokok dan kena orang ni,semua kenderaan yang pemandu atau penumpangnya yang merokok gerenti buang puntung rokok ke tepi jalan cis..anatastia kanta tona tritonia katatonia betuulll..marahh aku nii marah (sambil menekan nekan kuat keyboard grrr..)
REHAT 5 MINIT
Setelah berehat menaip aku pun kembali menaip,yalah nak buang marah dan legakan kemarahan aku tadi,kalau dibiarkan aku mungkin akan jadi incredible Hulk.grrr..salah haribulan bukan computer yang aku taip ini musnah,rumah,jalan ,gunung bukit pun boleh musnah..chewah ganas betul??rilek rilek..
Kembali kepada cerita tadi,bukan setakat punting rokok,banyak lagi objek yang aku pernah lihat orang buang dari kenderaan, contohnya seperti ;-
1.kulit kuaci
2.kulit kacang
3.botol minuman (mineral dan tin)
4.bekas keropok
5.kotak kfc yang berisi tulang ayam
6.suratkhabar
7.tin aerosol(ridsect,fumakilla,Trojan )
Buang anak hahahaha…
Jadi kesimpulannya ,macam macam barang boleh dibuang dari kenderaan,chiss takda semangat patriotism cintakan tempat sendiri betul,kan menyusahkan pihak bandaraya dan menyakitkan mata orang yang datang ke tempat kita,yalah sakit mata bukanlah dalam kategori mata itu dicucuk atau disakiti akan tetapi sakit oleh kerana suasana yang tidak enak dan menyenangkan walauapun tidak enak itu dikatakan bukan dari segi enaknya makanan..huhu..Low clas mentality betullah bahalol anak kepada banjingan betul ( aku menggunakan 2 kacukan sumpahan iaitu bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia) heheh
Selain membuang punting rokok dan sampah di jalanan satu l
agi sebab aku mengeluarkan frasa Spanish English bastardos dan stupidos ini oleh kerana kaedah pemanduan sesetengan pemandu dan penunggang yang bawak kenderaan diorang seperti
a. Mabuk
b. Hysteria
c. Sakit perut nak ke tandas
d. Orang gila yang curi keluar keluar dari wad gila
Ataupun mungkin diorang ni bawak kereta dan motor diorang nih seperti rasa rasa bawak kenderaan diorang kat litar sepang,yalah kat sepang mana ada nak bagi signal kalau nak belok belok dan mana ada kat sana bawak pelahan pelahan,somua berebut rebut sapa sampai ke depan ,sapa dulu dialah terer.jadi diorang nih try meniru aksi aksi dan undang undang sepang yang menari kuda kepang chiss…
Kat jalan bukannya tempat nak tunjuk terer,salah haribulan jalan..kalau ko sorang yang jalan takpa,ni orang lain yang tak buat salah follow the rules pulak jadi mangsanya chis..bambino,dildo dan desperado betullll…
Yalah seperti kata kata kawanku yang memandu hemat di jalanraya dengan penuh adab tatasusila dan cermat lagi tanpa melanggar mana mana undang -undang atau udang,kadang kadang walau secermat mana kitapun bawak kenderaan tapi oleh kerana masaelah sikap penunggang atau drebar kenderaan lain yang menggunakan hokum logic akal dan minda nya sahaja boleh menyebabkan kecelakaan jalanraya bahkan kejahanaman dan kesialan jalan raya agh aghh…sekarang ini masih lagi suasana musim perayaan iaitu hari raya aidilfitri dan kebiasaannya adat dan kebiasaan masyarakat malaysia ni satu identitinya ialah balik kampong.
Dan bila balik kampong ini semua jenis kenderaan yang bilangannya berpuluh juta(ewah melampaunya ayat) berjuta kenderaan akan membanjiri jalanraya dan lebuhraya untuk balik kampong,dan masa balik ni pun dalam tempoh 2,3 atau sehari sebelum hari raya jadi mana taknya kesempitan jalan semakin sempit dan dalam masa yang sama jugak oleh keran ajalan penuh dengan kereta dan pelbagai jenis kenderaan maka penuh juga dengan peel dan perangai manusia yang memandu.
Jangan biarkan diri anda menjadi sebahagian statistic tahunan,itu frasa yang dikeluarkan oleh puhak yang berwajib(bukan bersunat atau bermakruh) tapi seban tahun ada juga peningkatan nnya dan seperti grafik forex yang men ingkat atau menurun,tetap ada kadar kemalangan ish ish..kesian beb,yalah mana-mana orang yang nak pulang beraya ngan family tak sampai ke destinasi..ish sedih sedih beb..semuanya yang mati tu sama macam kita jugak,manusia yang mempunyai mak bapak,adik beradik,kekasih dan kawan –kawan..berakhir dengan suasana yang tragis.
Lumrahnya kemalangan seperti ini berlaku di jalan dan lebuhraya di semenanjung,terlalu kerap dan terlalu menjadi jadi..yalah kat sabah dan Sarawak tak begitu kedengaran atau dengan kata lainnya tak ada kemalangan yang berlaku dengan tragic ini.apa asbab musababnya,kawan aku yang seorang ni pernah bagi teorinya yang tersendiri iaitu Jalan raya dan lebuhraya kat semenanjung ni kondisinya terlalu bagus,enak,licin dan vrummm kalau nak memecut pun seperti rasa bawak kapal terbang jet..yalah cuba lihat higway dari LCCT ke kl itu cukup,jalan raya 3 lane,dan lengang,memecut dengan kadar kelajuan yang kita mahu,kalau boleh 600km/sejam memang dipecutnya jugak. Cuba bayangkan dalam kelajuan sebegitu skidding je atau terlanggar gajah,tenggiling,kucing,cimpanzi atau apa saja objek yang melintang kat jalan tu…kesimpulannya..kenderaan anda yang dibawa dengan kelajuan suku kelajuan cahaya itu akan terpelanting,berpusing-pusing terhentam ke atas jalan dengan daya gravity seperti meteor jatuh dari langit,bergoleng goleng seperti amitaba bachan dan juli chawla bergoleng..bapp bap-pp..hancur,kemek.
Human body are fragile,macam gelas atau pinggan kaca yang jatuh dari meja,apa jadi?pecah jadi jangan ingat anda ini dari planet krypton ataupun sedara mara badang atau tanggang(tanggang kebal ke ?) melainkan anda belajar ilmu kebal jurus 43 yang kebal dari segala jenis patah tulang dan kekebalan yang menempiaskan segala jenis luka,anda boleh try mcm tu,kalau tak janganlah..huhu ,ngeri jadinya bro dan sis..tak dpat dibayangakan dengan imaginasi normal huhu…




